Wednesday, February 6, 2008

JADI USAHAWAN PERLU ADA KEBERANIAN

Semua orang nak jadi usahawan..Terbaru, bidang usahawan internet semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita. Macam-macam jenis perniagaan diniagakan secara online. Internet dijadikan sebagai medium atau 'kedai' bagi kebanyakan pengusaha perniagaan. Ada yang buat website, blog, minisite dan macam-macam lagi. Ini lebih mudah kerana customer dapat melawat perniagaan tidak kira siang atau malam.

Namun, ada juga antara kita yang beriya-iya nak jadi usahawan tapi kalau boleh tak mau yang ada risiko dan tak payah bayar apa-apa. Itulah sikap kita yang perlu diubah jika nak jadi usahawan. Saya pernah terdengar satu wawancara bersama jutawan internet kita iaitu Dr. Irfan Khairi. Menurut beliau tahun pertama beliau menceburkan diri dalam perniagaan internet, beliau hanya mempunyai 3 orang customer sahaja. Bahkan, beliau juga turut mengeluarkan modal hampir RM 500 untuk membeli pelbagai jenis e-book dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan perniagaan internet yang dibuat oleh beliau. Beliau juga menyarankan agar menceburkan diri dalam perniagaan yang kita minati kerana dengan cara itu kita lebih bersemangat untuk memperkembangkan perniagaan kita. Nah! sudah nyata bahawa tiada sebarang perniagaan pun boleh dilaksanakan tanpa modal dan risiko.

Ramai antara kita sudah ada minat, sudah punya modal dan rasa-rasanya berani menanggung risiko. Tetapi, berapa ramai pula antara kita yang berani bertindak? Bertindak untuk menjadi usahawan dengan mencurahkan sepenuh perhatian dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan? Itulah yang membezakan antara kita yang nak jadi usahawan dengan kita yang asyik berfikir nak jadi usahawan.

Monday, February 4, 2008

Kandungan Format Rancangan perniagaan

Sudah agak lama saya tidak menulis dalam blog ini. Bila semester baru bermula, maka saya jadi terlalu sibuk dengan kerja-kerja seharian. Namun, kini saya akan kembali menulis tentang rancangan perniagaan, tentang format dan tips-tips dalam menyediakan rancangan perniagaan yang baik. Kita mulakan dengan bahagian pertama iaitu kandungan Rancangan Perniagaan

Apakah yang perlu ada dalam Rancangan Perniagaan Anda?

BAB 1 : Pendahuluan & Pengenalan Projek

BAB 2 : Profail / Latar belakang usahawan dan Pengarah Syarikat

BAB 3 : Profail projek dan latarbelakang perniagaan

BAB 4 : Aspek Pengurusan

BAB 5 : Aspek perkhidmatan / pengeluaran

BAB 6 : Aspek pemasaran

BAB 7 : Aspek kewangan

BAB 8 : Butir-butir penjamin

BAB 9 : Kesimpulan

Selepas ini, saya akan terangkan satu persatu dalam setiap bab bagi memudahkan anda untuk menyediakan Rancangan Perniagaan sendiri.

Friday, January 11, 2008

PROGRAM PENGIKLANAN USAHAWAN

Satu Program Pengiklanan Usahawan akan diadakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi pada :

Tarikh : 4 - 5 Februari 2008
Tempat : Hall 1 & 2 , KLCC
Masa : 10.00 pagi - 7.00 petang

Objektif program

1. Membantu usahawan memperkenal & mempromosi produk
2. Menyediakan peluang pemasaran & promosi dalam bentuk pengiklanan

Sasaran tetamu/peserta :

-Usahawan bumiputera
-Syarikat milikan 100% bumiputera
-Syarikat/Perniagaan mestilah berdaftar bawah SSM

Thursday, January 10, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Selamat menyambut Maal Hijrah 1429. Semoga tahun baru ini akan leih bermakna buat hidup kita.

Sunday, January 6, 2008

TAHUKAH ANDA

Rancangan Perniagaan atau RP sangat mudah disediakan. Ia tidak memerlukan kemahiran khas. Sesiapa pun boleh menyediakannya. Ingin tahu bagaimana? Klik pada banner di bawah sekali untuk mengetahui jawapannya

Saturday, January 5, 2008

KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Apakah tujuan Rancangan Perniagaan (RP) dibuat?

  1. Untuk mendapatkan pembiayaan / modal bagi menampung projek yang diperolehi
  2. Untuk mendapatkan lesen dan tempat perniagaan(premis)
  3. Untuk mendapatkan pelaburan daripada pihak ketiga
  4. Sebagai panduan perancangan kita dalam perniagaan

Friday, January 4, 2008

TAHUKAH ANDA

Rancangan Perniagaan yang baik hendaklah :

  • Mempunyai fakta dan maklumat yang benar dan terkini
  • Maklumat atau data yang dikumpul dianalisis secara terperinci
  • Mempunyai pelan tindakan yang jelas dan boleh dilaksanakan
  • Maklumat dan data yang berubah dari semasa ke semasa perlu diubahsuai dan dikemaskini
  • Menunjukkan keazaman dan komitmen usahawan terhadap perniagaannya