Wednesday, February 6, 2008

JADI USAHAWAN PERLU ADA KEBERANIAN

Semua orang nak jadi usahawan..Terbaru, bidang usahawan internet semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita. Macam-macam jenis perniagaan diniagakan secara online. Internet dijadikan sebagai medium atau 'kedai' bagi kebanyakan pengusaha perniagaan. Ada yang buat website, blog, minisite dan macam-macam lagi. Ini lebih mudah kerana customer dapat melawat perniagaan tidak kira siang atau malam.

Namun, ada juga antara kita yang beriya-iya nak jadi usahawan tapi kalau boleh tak mau yang ada risiko dan tak payah bayar apa-apa. Itulah sikap kita yang perlu diubah jika nak jadi usahawan. Saya pernah terdengar satu wawancara bersama jutawan internet kita iaitu Dr. Irfan Khairi. Menurut beliau tahun pertama beliau menceburkan diri dalam perniagaan internet, beliau hanya mempunyai 3 orang customer sahaja. Bahkan, beliau juga turut mengeluarkan modal hampir RM 500 untuk membeli pelbagai jenis e-book dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan perniagaan internet yang dibuat oleh beliau. Beliau juga menyarankan agar menceburkan diri dalam perniagaan yang kita minati kerana dengan cara itu kita lebih bersemangat untuk memperkembangkan perniagaan kita. Nah! sudah nyata bahawa tiada sebarang perniagaan pun boleh dilaksanakan tanpa modal dan risiko.

Ramai antara kita sudah ada minat, sudah punya modal dan rasa-rasanya berani menanggung risiko. Tetapi, berapa ramai pula antara kita yang berani bertindak? Bertindak untuk menjadi usahawan dengan mencurahkan sepenuh perhatian dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan? Itulah yang membezakan antara kita yang nak jadi usahawan dengan kita yang asyik berfikir nak jadi usahawan.

No comments: